Tuesday, May 27, 2008

Program Ijazah Universiti-Universiti di Amerika Syarikat

( Kursus Kejuruteraan, Teknologi Maklumat, Sains Aktuari, Bioteknologi, Sains Pertanian, Sains Tulen, Ekonomi, Hubungan Antarabangsa, Sains Politik & Pentadbiran Perniagaan )


Pelajar-pelajar yang berjaya ditawarkan penajaan JPA akan mengikuti kursus persediaan American Degree Foundation Programme (ADFP) di INTEC, UiTM Seksyen 17 Shah Alam selama 1 tahun. Pelajar-pelajar akan mengikuti kursus Bahasa Inggeris dan beberapa mata pelajaran lain bagi tujuan mengambil peperiksaan ADFP. Selepas berjaya di peringkat persediaan dan memenuhi had kecemerlangan akademik yang ditetapkan, pelajar-pelajar yang berjaya mendapat tawaran daripada universiti-universiti bertaraf Ivy League atau Ivy
League Standard
akan meneruskan pengajian di Amerika Syarikat selama 4 tahun. Bagi pelajar-pelajar yang tidak mendapat tawaran daripada universitiuniversiti bertaraf Ivy League atau Ivy League Standard, mereka akan meneruskan pengajian Ijazah Pertama di bawah American Credit Transfer Programme (ACTP) di mana pelajar-pelajar akan mengikuti pengajian 1 tahun pertama di dalam negara dan seterusnya meneruskan pengajian selama 3 tahun lagi di universiti-universiti di Amerika Syarikat.

No comments:

Post a Comment