Friday, May 16, 2008

2,000 terima biasiswa JPA

KUALA LUMPUR: Seramai 2,000 pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2007 ditawarkan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi Program Ijazah Luar Negara.

Dalam kenyataannya semalam, JPA berkata pemilihan dibuat berdasarkan pencapaian akademik (70 peratus), latar belakang keluarga (10 peratus), temuduga (10 peratus) dan pembabitan dalam aktiviti kokurikulum (10 peratus).

Semua 15,217 pelajar membuat permohonan.

Menurut JPA, pelajar yang tidak berjaya boleh membuat rayuan dengan melayari laman web www.jpa.gov.my sehingga 17 Mei ini.

JPA juga menawarkan 10,000 biasiswa kepada lepasan diploma, matrikulasi, Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia dan Sijil Tinggi Agama Malaysia bagi Program Ijazah Dalam Negara (PIDN).

Syarat kelayakan permohonan biasiswa akan dikeluarkan dalam akhbar utama atau dengan melayari laman web JPA awal Jun ini.

No comments:

Post a Comment