Saturday, May 3, 2008

180,630 pelajar layak masuk Tingkatan Enam

SERAMAI 180,630 lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2007 layak memasuki Tingkatan Enam Bawah di 765 sekolah menengah harian dan teknik seluruh negara, tahun ini.

127,879
layak memasuki aliran kemanusiaan, manakala 52,751 lagi sains.

Jumlah berkenaan tidak termasuk 32,685 lulusan yang mendapat tawaran memasuki program matrikulasi.

Bagi calon berjaya tetapi sedang mengikuti Program Latihan Khidmat Negara pula, mereka boleh melapor diri sebaik saja tamat kursus itu.

Statistik mengikut negeri bagi aliran kemanusiaan dan sains bagi Perak, masing-masing 12,187 dan 5,442; Selangor (17,445 dan 10,526), Pahang (9,144 dan 2,893), Kelantan (12,578 dan 3,450), Sabah (10,509 dan 2,070), Johor (15,040 dan 5,989). Kedah (10,190 dan 3,229), Wilayah Persekutuan Labuan (359 dan 84), Melaka (4,359 dan 1,986), Negeri Sembilan (5,426 dan 2,426), Pulau Pinang (5,687 dan 3,908), Perlis (1,707 dan 447), Sarawak (9,317 dan 3,784), Terengganu (8,419 dan 2,445), Putrajaya (191 dan 82) serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (5,321 dan 3,990).

No comments:

Post a Comment