Untuk memantapkan sektor pendidikan negara , KPM telah merangka Pelan Induk Pembangunan Pendidikan [PIPP] bagi tahun 2006-2010 yang akan menjadi garis panduan pembangunan pendidikan negara secara menyeluruh sepanjang tempoh 5 tahun dalam Rancangan Malaysia ke-9. PIPP merupakan satu dokumen perancangan pembangunan pendidikan yang bersepadu, komprehensif dan menyeluruh yang tidak tertumpu pada satu jenis sekolah, lokasi dan kaum. Agenda utama KPM adalah untuk membangunkan sekolah kebangsaan sebagai sekolah aliran perdana kerana pada waktu ini majoriti pelajar berada di sekolah kebangsaan. Walau bagaimanapun, KPM tidak meminggirkan SJKC, SJKT dan SABK dalam meningkatkan kualiti pendidikan di sekolah-sekolah tersebut. PIPP merupakan dokumen perancangan pembangunan meliputi tiga aspek utama iaitu infrastruktur, pengisian dan tenaga manusia.
Pendekatan PIPP
Matlamat PIPP adalah untuk menghasilkan pendidikan berkualiti untuk semua. Bagi memastikan matlamat ini dapat dicapai, dua pendekatan utama telah dikenal pasti sepanjang tempoh RM Ke-9 iaitu;
a) menyelesaikan tugas yang masih belum selesai dalam rancangan lima tahun sebelum ini iaitu untuk memastikan akses kepada pendidikan dan menyamaratakan medan persaingan di kalangan pelajar;
b) mengembangkan sepenuhnya potensi sekolah dalam kluster kecemerlangan sehingga membolehkan guru dan pelajar mengangkat nama dan sistem pendidikan negara di mata dunia.
Dalam pendekatan pertama, komitmen KPM adalah untuk memastikan rakyat mendapat peluang pendidikan yang adil dan saksama tanpa mengira lokasi, kaum ataupun daripada kelompok kurang upaya, Orang Asli dan suku minoriti lain. KPM akan memastikan semua pelajar menguasai kemahiran membaca, mengira dan menulis dan tidak ada pelajar yang tercicir dari sistem pendidikan akibat kemiskinan, berada di kawasan luar bandar atau pedalaman. Peluasan ke semua jenis sekolah dan lokasi akan ditingkatkan untuk memastikan semua pelajar mendapat akses ICT khususnya capaian kepada internet.
Dalam pendekatan kedua, komitmen KPM adalah untuik memberi perhatian khusus ke atas sekolah yang telah mencapai tahap cemerlang untuk memastikan bukan sahaja ia dapat mempertahankan kecemerlangan malah mampu mempertingkatkannya ke tahap yang lebih tinggi. KPM akan mengenalpasti sekolah sekolah dalam kluster Sekolah Kebangsaan[SK], Sekolah Jenis Kebangsaan [SJK], Sekolah Berasrama Penuh[SBP], Sekolah Premier, Sekolah Menengah Teknik [SMT], Sekolah Menengah Kebangsaan Agama[SMKA], Sekolah 100 tahun [ Centennial], Sekolah Bestari serta sekolah-sekolah Putrajaya dan Cyberjaya. Seterusnya KPM akan memperkenalkan pelbagai program yang dapat membantu meningkatkan lagi kelebihan, ekkuatan dan daya saing sekolah-sekolah dalam kluster ini.
Teras Strategik PIPP
Enam teras strategik telah dikenal pasti untuk memperkukuhkan sistem pendidikan negara.
Teras 1: Membina Negara Bangsa
Teras 2 : Membangunkan modal insan
Teras 3 : Memeprkasakan Sekolah Kebangsaan
Teras 4 : Merapatkan Jurang Pendidikan
Teras 5 : Memartabatkan Profesion Kegurusan
Teras 5 : Melonjakkan Kecemerlangan Institusi Pendidikan
Teras 1 : Membina Negara Bangsa
Memberi fokus kepada pembinaan Negara Bangsa melalui pendidikan. KPM untuk membangunkan warganegara dari awal persekolahan dengan ciri-ciri glokal, patriotik dan cintakan negara serta menyanjung dan menjunjung warisan budaya dan kesenian bangsa. Hasrat membina negara bangsa ini akan dicapai dengan memperkasakan Bahasa Melayu, meningkatkan disiplin pelajar, menggiatkan Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan [RIMUP] serta menggiatkan aktiviti kokurikulum serta sukan bagi membina jati diri serta menerapkan budi bahasa dan adab di kalangan pelajar.
Teras ke 2: Membangunakn Modal Insan
Usaha membangunkan modal insan KPM akan memberi tumpuan kepada sistem nilai, aspek disiplin, sahsiah dan jati diri pelajar. Teras ini juga berhasrat melahirkan pelajar yang kompeten dalam Sains dan Teknoplogi, inovatif dan kreatif serta kebolehpasaran. KPM akan menyediakan sistem pentaksiran dan penilaian holistik, membina disiplin pelajar serta memberi penekanan kepada kebersihan, kesihatan dan keselamatan.
Teras ke 3 : Memperkasakan Sekolah Kebangsaan
KPM akan memperkasakan sekolah kebangsaan [ rendah dan menengah ] supaya sekolah-sekolah tersebut menjadi sekolah pilihan utama masyarakat. Sehubungan itu, sekolah sekolah kebangsaan akan dilengkapkan kemudahan asas pendidikan yang mencukupi dan berkualiti, bekalan elektrik dan air bersih serta kemudahan ICT. sekolah juga akan dibekalkan guru terlatih yang mencukupi mengikut opsyen serta bilangan staf sokongan mengikut keperluan.
Teras ke 4 : Merapatkan Jurang Pendidikan
Penekanan dalam merapatkan jurang pendidikan antara lokasi, jenis sekolah, tahap sosioekonomi dan tahap keupayaan pelajar adalah untuk mengurangkan perbezaan dariapda segi penyediaan kemudahan fizikal dan bukan fizikal, prestasi dan pencapaian perlajar serta keciciran. Justeru KPM akan membangunkan infrastruktur dan kemudahan pendidikan khususnya di luar bandar Sabah dan Sarawak dan memastikan semua sekolah mempunyai prasarana mengikut standard minimum. KPM juga akan memperbanyak bantuan kepada pelajar miskin, berkeperluan khas dan kumpulan minoriti, mengurangkan jurang digital dan menempatkan guru terlatih yang mencukupi mengikut opsyen di kawasan luar bandar dan pedalaman.
Teras ke 5 : Memartabatkan Profesion Keguruan
Usaha memartabatkan profesion keguruan adalah bagi memastikan profesion keguruan ini dihormati dan dipandang tinggi sesuai dengan amanah yang dipertanggungjawabkan dalam pembinaan generasi masa depan. KPM menaik taraf maktab perguruan kepada institusi pendidikan guru untuk meningkatkan kelayakan guru ke peringkat ijazah. KPM juga akan menambah baik pemilihan calon guru, perjawatan, penempatan dan kebajikan guru.
Teras ke 6 : Melonjakkan Kecemerlangan Institusi Pendidikan
Usaha melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan adalah dengan membentuk kluster kecemerlangan sekolah berasaskan akademik, kokurikulum dan sukan atau bidang-bidang khusus [niche areas]. Sekolah-sekolah terpilih dalam kluster ini akan dirangkaikan dengan institusi ternama tempatan dan luar negara, menawarkan pelbagai peperiksaan peringkat antarabangsa seperti International Baccalaureate dan dijadikan sekolah contoh. Sekolah-sekolah yang dikenal pasti daripada kluster ini akan dijadikan penanda aras dan showcase pada peringkat antarabangsa selaras dengan usaha membangunkan sistem pendidikan berkualiti dan bertaraf dunia.

No comments:
Post a Comment