Friday, February 13, 2009

Blog Saya!

Sudah sekian lama saya tidak mengarang dalam Bahasa Malaysia dan fakta ini merupakan titik penolok bagi saya menulis blog dalam BM. Kepada rakan saya sekalian, saya memulakan diari saya dengan berminta maaf sekiranya terdapat banyak kesilapan tatabahasa.

Tidak dapat dinafikan bahawa saya amat meminati bahasa malaysia, namun kenyataan ini hanyalah kebenaran semasa zaman persekolahan menengah. Pada hari ini, Bahasa Inggeris merupakan bahasa pilihan saya kerana kemahiran BI yang akan menentukan sama ada saya dapat melangkahkan kaki saya di dunia luar ataupun terperup dalam Malaysia.

Blog saya telah menjangkau apa yang diinginkan oleh diri saya. Saya menganggap blog saya dunia saya. Namun demikian, saya amat berharap saya dapat mengurangkan aktiviti berblog dan menumpukan sepenuh perhatian dalam pelajaran. Bak kata perpatah, "Ilmu pelita hidup", saya sepatutnya mengguna mata senggang saya untuk membuat latihan, mengulang kaji dan tidur(Aktiviti yg mengecas tenaga).

Saya akhiri ulasan saya dengan sajak berikut:

Blog saya dunia saya,
Bebas bersuara,
Kepuasan dicapai ,
Hiduplah dunia saya,

Namun,
Kebebasan dipertikaikan,
Keamanan tergangu,
Ramai mengadu,
Banyaklah komen,
Kalau baik,
Silaturahim terikat,
Kalau dikritik,
Hubungan renggang.

Bagaimanakah format sajak?

No comments:

Post a Comment