Tuesday, March 25, 2008

Pharmacist? can it come true?

The countries with details>> all about pharmacy!

Y? bcs I choose pharmacy course!

One of them, if I can get, I also satisfy!

United Kingdom

Pelajar-pelajar yang berjaya ditawarkan penajaan JPA akan mengikuti kursus

persediaan A-Level di kolej-kolej persediaan yang akan ditentukan oleh JPA

selama 24 bulan. Pelajar-pelajar akan mengikuti kursus Bahasa Inggeris dan

beberapa mata pelajaran lain bagi tujuan mengambil peperiksaan kursus

persediaan. Selepas berjaya di peringkat persediaan dan memenuhi had

kecemerlangan akademik yang ditetapkan, pelajar-pelajar akan meneruskan

pengajian ijazah pertama di universiti-universiti di United Kingdom.

Australia @ New Zealand

Pelajar-pelajar yang berjaya ditawarkan penajaan JPA akan mengikuti kursus

persediaan Australia Matriculation (Ausmat) di INTEC, UiTM Seksyen 17 Shah

Alam atau kolej-kolej persediaan lain yang akan ditentukan oleh JPA selama 18

bulan. Pelajar-pelajar akan mengikuti kursus Bahasa Inggeris dan beberapa

mata pelajaran lain bagi tujuan mengambil peperiksaan Ausmat. Selepas berjaya

di peringkat persediaan dan memenuhi had kecemerlangan akademik yang

ditetapkan, pelajar-pelajar akan meneruskan pengajian ijazah pertama selama

empat tahun (bagi program pengajian selain daripada perubatan, pergigian dan

farmasi) di universiti-universiti di Australia / New Zealand. Pelajar-pelajar perlu

mendapat keputusan yang cemerlang pada tiga tahun pertama dan ditawarkan

tempat untuk meneruskan pengajian peringkat kepujian di tahun empat ( Ijazah

pertama dengan kepujian).

Program Ijazah Berkembar 4

Pelajar-pelajar yang berjaya ditawarkan penajaan JPA akan mengikuti kursus

persediaan A-Level di INTEC, UiTM Seksyen 17 Shah Alam atau di kolej-kolej

persediaan lain yang akan ditentukan oleh JPA selama 18-24 bulan. Pelajarpelajar

akan mengikuti kursus Bahasa Inggeris dan beberapa mata pelajaran lain

bagi tujuan mengambil peperiksaan kursus persediaan. Selepas berjaya di

peringkat persediaan dan memenuhi had kecemerlangan akademik yang

ditetapkan, pelajar-pelajar kursus perubatan akan meneruskan pengajian ijazah

pertama selama 5 tahun di International Medical University (IMU), Penang

Medical College (PMC) atau Melaka Manipal Medical College (MMMC).

Pelajar-pelajar kursus farmasi akan mengikuti pengajian di antara 24-28

bulan di institusi-institusi yang akan ditetapkan di dalam negara dan seterusnya

melanjutkan pengajian di antara 14-24 bulan lagi di luar negara.


these are other countries that involved jpa scholars:

Ireland

Amerika Syarikat

Kanada

Republik Czech/Poland

Mesir

Jordan

Rusia

Jerman

Perancis

India

Indonesia

Jepun

Korea

China

GOoD LuCk!!!

No comments:

Post a Comment