Thursday, March 20, 2008

Pelajar cemerlang di Kelantan diberi saguhati RM500

KOTA BHARU, 19 Mac Pelajar-pelajar cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2007 akan akan diberi sumbangan wang tunai sebanyak RM500.

Bayaran saguhati itu diberi kepada semua pelajar termasuk dari sekolah Yayasan Islam Kelantan (Yik), Tionghua dan sekolah di bawah Jabatan Pelajaran Negeri.

Manakala pelajar terbaik SPM peringkat negeri yang memperolehi 15 A1 dari Maahad Muhammadi Perempuan pula akan diberi anugerah dan sumbangan khas daripada kerajaan negeri.

Pelajar yang layak disyarat memperolehi empat principle (4PA) ke atas dalam STPM, mumtaz (STAM) dan 9A ke atas bagi peperiksaan SPM.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Negeri, Ustaz Mohd Amar Abdullah berkata, setakat ini seramai 325 pelajar cemerlang dari sekolah Yik telah dikenal pasti untuk menerima sumbangan tersebut.

�Semua pelajar cemerlang layak menerima sumbangan itu tanpa mengira bangsa dan agama serta pelajar luar Kelantan yang menduduki peperiksaan di sini,� katanya selepas mesyuarat Exco pertama kerajaan Kelantan bagi penggal ke-12, di sini hari ini.

Katanya, sumbangan itu akan disampaikan Menteri Besar, Tuan Guru Dato� Nik Abdul Aziz Nik Mat pada satu majlis khas yang akan ditentukan kelak.

Bagaimanapun beliau memberitahu jumlah keseluruhan pelajar yang layak menerima sumbangan khas itu tahun ini tidak dapat dipastikan lagi dan memandang belum terdapat maklumat rasmi mengenainya.

"Kalau tahun lepas jumlah keseluruhan pelajar yang menerima sumbangan tersebut seramai 850 orang," ujarnya.

Mohd Amar juga berkata, tujuan kerajaan negeri memberi saguhati itu sebagai penghargaan di atas kejayaan pelajar, di samping memberi galakan kepada mereka berusaha lebih gigih.

Kata beliau pelajar-pelajar yang layak untuk menerima sumbangan itu boleh mengambil borang di Yik, Nilam Puri mulai sekarang.

No comments:

Post a Comment